Finally! After took lots of time! Blog untuk portfolio 1CiTiZEN siap!

Produced for 1CiTiZEN
Rasanya sepanjang minggu ni tak banyak kerja yang aku buat. Macam biasa, pergi kelas, balik dan study. Kalau bosan tu, online je lah. Test, assignment, presentation, projek dan lab report tengah tunggu. Yelah, dekat nak final sem ni, kerja berlambak. Tapi jangan stress sangat, nanti lain pulak jadinya. Rileks suda...buat step-by-step.

Sabtu dan ahad lepas, aku join program 1CiTiZEN, dari pagi sampai petang. Actually, banyak benda baru yang aku belajar. Tentang dunia siber ni. Ada 8 main topics. Lepas habis belajar semua topik ni, kitorang ada exam. Well, result aku kira ok la. Cukup-cukup lulus je. But, i thinks that's not the main point. Yang penting, ilmu yang kita dapat time belajar. Bukan study just untuk lulus exam je tau.

Disebabkan kitorang diwajibkan buat portfolio untuk dihantar, aku pun terfikirla nak buat blog. Boleh katakan tiap-tiap hari aku online. Cuma waktu je yang lain. Kalau banyak sangat kerja, online kejap je la. Tu pon tengok latest news. Aku memang dah ada blog sebelum ni. Selalu jugak update. Almaklumlah, kat sini internet free. Sayang kan kalau tak guna? Tapi guna untuk kebaikan je tau.

Fokus utama aku untuk blog ni tentang copyright. Tengok tajuk pun dah tahu. Biasanya some bloggers macam aku ni, update entry mesti nak letak gambar. Biar nampak lawa gitu kan? Kadang-kadang guna gambar sendiri. Kadang-kadang just amik kat internet. Tapi ingat, jangan lupa bagi kredit kat tuan punya gambar tu, walaupun dikategorikan as fair use. Kesian la diorang kalau korang main amik je kan?

Lepas ni aku akan update blog ni dari semasa ke semasa. So, stay tuned!

1 comment:

ramiza said...

dapat kna banyak komen dari kawan-kawan untuk aktive kan site ini